Pada tarikh 13 Oktober 2010, secara rasminya SMK Padang Behor beroperasi dengan terlaksananya Majlis Perintisan. Operasinya dirasmikan oleh pengarah pelajaran Perlis secara simbolik dengan meletakkan lencana sekolah di pintu pagar sekolah. Pengetua sekolah ini ialah Encik Abdul Aziz bin Abdullah dibantu oleh barisan penolong-penolong kanan, guru-guru kanan. Sekolah ini memiliki seorang kaunselor, seorang guru perpustakaan dan media, 5 orang guru cemerlang dan 32 orang guru akademik biasa. Jumlah staf sokongan pula sebanyak 5 orang
gmbr
Khamis, 28 November 2013
SEJARAH SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN
SMK Tuanku Lailatul Shahreen dulunya dikenali sebagai SMK Padang Behor. Sekolah ini ditubuhkan dengan menumpang di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis. pada peringkat awal, Puan Fauziah binti Abdul Hamid dilantik sebagai penolong kanan pentadbiran manakala penolong kanan hal ehwal murid, Puan Azizah Binti Mustafa dan penolong kanan kokurikulum, Encik Fakarudin Bin Rahmad. turut dibantu oleh 4 orang ketua bidang, iaitu bahasa, Puan Sabariah Binti Talib, kemanusiaan, En. Zakaria Bin Harun. Sains dan matemetik, Puan Farida Binti Oli Mohamed. dan teknik vokasional, Puan Fadzilah Binti Haji Mohd. Nor. Mereka merupakan barisan-barisan perintis yang mencipta visi, lagu, bendera, nama rumah sukan, nama blok bangunan, nama bilik-bilik khas, nama kelas dan nama surau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan